comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Lelaki dituduh bunuh bapa kandung dengan penyodok pasir 

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memukul bapa kandungnya hingga mati dengan menggunakan penyodok pasir, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Berang kena leter, anak belasah bapa dengan penyodok hingga mati

Tertuduh, M Jaisino, 40, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Jaisino yang juga penganggur itu didakwa membunuh E Mangalam, 74, di sebuah rumah di Taman Dato Hormat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu  jam 2.15 pagi, pada 26 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa menetapkan sebutan semula kes pada 6 Oktober depan.

Terdahulu mayat seorang warga emas ditemui dengan berbalut langsir dipercayai mati akibat dibelasah anak kandung sendiri di rumah mangsa, di PJS10, di sini, 27 Ogos lalu.

Suspek ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memukul bapanya sehingga mati lebih kurang jam 12 tengah malam.

Suspek juga dikatakan berang terhadap mangsa yang selalu memarahi dan menghinanya kerana malas bekerja.

Loading...
Terkini