Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki disyaki terbabit kes rasuah PUSPAKOM direman 7 hari

Seorang Individu diringi pegawai SPRM ke Mahkamah Putrajaya untuk ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di ibu negara. Foto: NSTP

PUTRAJAYA: Suspek lelaki yang disyaki terbabit kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), direman tujuh hari hingga Jumaat depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Joanne Tan Xin Ying selepas SPRM membuat permohonan, hari ini.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10 pagi dengan tangan bergari dan diiringi pegawai SPRM.

Turut kelihatan, dua individu dipercayai ahli keluarga suspek yang berada di luar mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan lelaki itu kepada SPRM, petang semalam, dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM.

SPRM menegaskan penangkapan itu mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam usaha memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini