KOTA BHARU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Taman Merbau Utama Selising, di Pasir Puteh, Julai lalu.
Tertuduh, Muhammad Faiz Firdaus Badrolhisham, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa berusia 15 tahun antara jam 11 malam hingga 1 pagi di sebuah rumah di Taman Merbau Utama Selising, Pasir Puteh pada 3 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.