comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki didakwa rogol remaja 13 tahun 

 

Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur di sebuah rumah pada 5 September lalu.

Tertuduh, Mohamad Shafiq Haikal Mohd Zaladi, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun 10 bulan di sebuah rumah belakang sebuah sekolah menengah, di sini, pada 2 pagi 5 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan serius.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini