comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki didakwa kemuka maklumat palsu semasa daftar kad pengenalan anak

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu, telah menahan seorang lelaki berusia 64 tahun ketika mengemukakan permohonan kad pengenalan.

Pengarahnya, Mohamad Nasir Kareem berkata, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di bawah Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2007.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Hakim Noor Mazrinie Mahmood menetapkan hukuman denda RM2,500 dan jika gagal membayar denda berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara 3 bulan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati telah dengan niat mengemukakan maklumat palsu semasa menjadi penganjur bagi permohonan kad pengenalan kali pertama 12 tahun pada Disember 2021 di JPN Cawangan UTC Terengganu.

JPN diwakili Pegawai Pendakwa Negeri, Nor Jannah Mariam Hanna Ismail, manakala tertuduh diwakili Nur Ain Mohd Rani dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Orang ramai diminta tampil membuat aduan terus kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini