comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki didakwa edar 63kg dadah

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar 63 kilogram (kg) kanabis, dua minggu lalu.

Tertuduh, T Gaushigan, 28, faham akan pertuduhan dihadapinya, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar 63,487 gram kanabis di Jalan Persiaran Tengah, Horizon Hills, Iskandar Puteri dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang, 8 Jun lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd Rozi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 13 Jun lalu, media melaporkan seorang ‘transporter’ ditahan polis selepas menemui 63 kg atau 60 peket ganja dianggarkan bernilai RM210,150 di but kereta dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini