Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki Bangladesh kurung, cedera wanita OKU didenda RM2,000

Miah Md Rokib diiringi polis di Mahkamah Majistret, hari ini. FOTO NSTP.

MELAKA: Pembantu kedai runcit warga Bangladesh didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan mengurung dan mencederakan wanita orang kurang upaya (OKU), Oktober tahun lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman terhadap Miah Md Rokib, 22, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah, hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda, bagaimanapun tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Miah bersama-sama seorang rakan sejenayah yang masih bebas didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera kepada mangsa berusia 23 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Kesalahan didakwa dilakukan di Blok L-G-16, Pangsapuri Kesidang, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, kira-kira 7 malam pada 1 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara salah mengurung mangsa sama di tempat, masa dan pada tarikh sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini