IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar tingkatan lima yang dihadapi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan, hujung tahun lalu, dengan tarikh perbicaraan bermula 4 November depan.
Tarikh dan tempoh itu ditetapkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet ketika prosiding sebutan kes ke atas tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45.
Tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember; serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.
Mahkamah Tinggi, hari ini menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar tingkatan lima yang dihadapi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan, hujung tahun lalu, dengan tarikh perbicaraan bermula 4 November depan. pic.twitter.com/HJSyXp30FM
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 14, 2024
Kedua-dua pihak turut ditetapkan oleh Mahkamah untuk menyerahkan afidavit masing-masing pada 1 Julai depan.
Terdahulu, Mohd Nazri yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, hari ini di hadapan Bhupindar Singh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, antara 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M Kuhan.
Hadir sama dalam prosiding hari ini adalah peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.
Dalam prosiding sama, Afzainizam menyatakan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa kira-kira sebulan untuk memuktamadkan senarai saksi sebelum dokumen itu diserahkan kepada pihak pembelaan.
Kata Afzainizam, pihaknya perlu meneliti beberapa dokumen memandangkan dalam kes itu ia membabitkan kira-kira 60 saksi termasuk saksi pakar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- ’54 hari selepas Allahyarham pergi, kami redha walaupun rindu tiada penghujungnya’- Abang
- ‘Kami sentiasa ke kubur Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi selepas pulang dari mahkamah’- Peguam Pemerhati
- Langgar maut pelajar: Netizen sokong tindakan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar maut dilanggar: ’40 minit anak saya merintih depan mata saya’
- Pelajar maut dilanggar: Keluarga mangsa rayu saksi kejadian tampil, buat laporan polis
- Pelajar maut dilanggar: Polis jamin siasatan telus, sedia tukar pegawai penyiasat kes
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- Pelajar maut dilanggar kereta: KPM ziarah keluarga petang ini, tawar kaunseling
- Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- [VIDEO] Kes langgar pelajar: Mahkamah Majistret Ipoh tetapkan 21 Mac sebutan semula kes