comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kontraktor dituduh bunuh bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Ilias.

Oleh: Selwam Arjunan

KANGAR: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Ilias.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Noor.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, di simpang tiga Taman Behor Gonchar Jaya, di sini, antara 10.30 malam, 10 September 2024 hingga 12.01 pagi, 11 September 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad, manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Yen Sing.

Mahkamah menetapkan 30 Disember bagi serahan laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini