comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kilang kitar semula di Banting didenda RM100,000 abai keselamatan pekerja

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Sebuah kilang kitar semula di Banting, Selangor didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang semalam kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memaklumkan bahawa syarikat berkenaan Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd yang diwakili oleh pengurus kilang, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah atas dakwaan tersebut di hadapan Hakim Amir Affendy Hamzah.

Menurut JKKP, syarikat itu merupakan tempat kerja pertama yang didakwa setelah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa pada 10 Ogos lepas, sekitar pukul 6 petang, kilang tersebut didapati bersalah kerana gagal menyediakan sistem kerja yang selamat semasa pemeriksaan ’paper roll’, yang mengakibatkan kemalangan maut melibatkan seorang pekerja.

Siasatan lanjut oleh JKKP mendapati kilang itu melanggar peruntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.

JKKP mengingatkan semua pemain industri agar mematuhi peraturan di bawah akta tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang melanggar undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini