comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa mangsa tiba di mahkamah untuk prosiding sebutan kes


Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf tiba kira-kira pukul 8.45 pagi di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk prosiding sebutan kes bagi pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu.

Keluarga mangsa termasuk datuk dan neneknya, Zahari Mohd Reba dan Hasni Zakaria turut hadir bagi mendengar prosiding hari ini.

28 Jun lalu, Zaim dan Ismanira didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Laporan lanjut menyusul.

Artikel susulan: Kes Zayn Rayyan: 18 September tarikh baharu sebutan semula kes

Loading...
Terkini