comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes rasuah Zahid: Pendakwa mohon henti prosiding 

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan mahkamah. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pihak Pendakwaan memohon untuk memberhentikan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Dalam prosiding pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkata Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap  Zahid.

Pemberhentian prosiding itu akan memberi kesan Zahid dilepas tanpa dibebaskan.

Mohd Dusuki berkata, pendakwaan mengambil keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid melalui 47 pertuduhan itu dengan mengemukakan 11 alasan.

Jelasnya, selepas 15 saksi pembelaan selesai memberikan keterangan termasuk  Zahid sendiri, pihak pendakwaan berpendapat keterangan mereka perlu diteliti oleh pendakwan dan pihak penyiasat.

Katanya, adalah tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan kes itu ke satu tempoh yang tidak tentu ke aras tertuduh.

Mohd Dusuki berkata, tertuduh juga mengemukakan dua surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara, masing-masing bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023.

Beliau berkata, lanjutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023, memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

Katanya, pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac lalu, pembelaan mengemukakan empat lagi surat representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan.

Mahkamah ketika ini sedang berehat dan Hakim Collin Lawrence Sequerah belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini