Tumpuan :
Mahkamah

Kes pendakwaan Aliff Syukri ditunda ke 14 Mac

Datuk Seri Aliff Syukri (tengah) dan peguamnya, Hasshahari Johari Mawi (kiri) ketika ditemui media di Mahkamah Sepang hari ini.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEPANG: Keputusan kes pendakwaan terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, yang sepatutnya diumumkan hari ini, ditunda ke 14 Mac.

Peguamnya, Hasshahari Johari Mawi, memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini telah menetapkan semula tarikh keputusan akhir kes pendakwaan usahawan kosmetik itu yang memuat naik video sumbang.

“Keempat-empat kes ini akan dipanggil semula pada 14 hari bulan iaitu Jumaat ini, 10 pagi untuk keputusan di akhir kes pihak pendakwaan.

“Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa tidak ada prima facie kes di dalam pertuduhan-pertuduhan yang telah dikemukakan, jadi keputusannya akan diberikan mahkamah pada hari tersebut (14 Mac),” katanya.

Aliff Syukri sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang, dua tahun lalu.

Kes ini mencetuskan kontroversi apabila usahawan itu beberapa kali dikritik kerana memuat naik kandungan yang dianggap tidak sesuai.

Sementara itu, Aliff yang ditemui pihak media menyatakan kekecewaan kerana berlaku kesilapan berhubung tarikh keputusan kes yang dihadapinya.

“Hari ini saya amat sedikit sedihlah sebab sepatutnya saya tahu jawapan status setelah hampir 2 tahun sebenarnya saya tunggu,” katanya kepada pihak media hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini