KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini dimaklumkan, laporan forensik bagi kes ‘hot daddy’ dan dua wanita yang didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X, mengambil masa untuk disiapkan.
Laporan forensik itu antara beberapa dokumen kes yang belum diserah kepada mahkamah.
Berikutan itu, hakim menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula selepas Timbalan Pendakwaraya Nidzuwan Abd Latif memohon tarikh baru bagi penyerahan dokumen berkenaan.
Tertuduh Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli serta Norhidayah Mahadi dan Norshazrina Md Zamri didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Bukit Aman, jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mufti gesa penganjur podcast jemput ‘Hot Daddy’ dikenakan tindakan
- Akauntan antara enam wanita didakwa miliki video lucah berkaitan Hot Daddy
- Layan Hot Daddy macam selebriti, tidak malu & rasa berdosa – Perunding Motivasi
- ‘Gigolo’, dua wanita didakwa buat iklan khidmat persundalan
- [VIDEO] ‘Hot Daddy’, dua wanita didakwa lagi jual video lucah