comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes GISBH: Anggota kumpulan tiba di mahkamah, bakal berdepan tuduhan berhubung ugutan

Foto: NSTP

PUTRAJAYA: Seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) tiba di Istana Kehakiman di sini pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan berhubung ugutan ke atas seorang wanita, baru-baru ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu hadir dengan memakai jaket berwarna coklat, diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi.

Dia yang dipercayai anggota Program Kem Kenegaraan Remaja Pembela Ummah (RPU) kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Berdasarkan makluman dikeluarkan kepada media, lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen 506 merujuk ugutan jenayah yang mana ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini