Tumpuan :
Mahkamah

Kes edar dadah: Pemandu lori dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Tertuduh, Muhammad Ahmad dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali oleh Mahkamah Tinggi di Tawau, Sabah. FOTO NSTP

TAWAU: Pemandu lori dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4,834.1 gram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman ke atas Muhammad Ahmad, 23, yang juga warga Indonesia, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Sabitan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan hakim memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

Muhammad dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4,834.1 gram di kawasan Jeti Awam Pelabuhan Tawau di sini, pada jam 10.10 pagi, 8 Ogos 2023.

Perbicaraan kes itu bermula 10 Disember 2024 dengan lima saksi pendakwaan dan pembelaan memanggil tiga saksi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini