comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes bunuh pemandu e-hailing: Tarikh baharu kes 11 Julai depan

FOTO: NSTP

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan tarikh baharu 11 Julai depan bagi sebutan semula kes bekas isteri pemandu e-hailing bersama adik tirinya yang didakwa membunuh, dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula sementara menunggu notis rekuisisi daripada Pejabat Peguam Negara.

Katanya, permohonan mengikut Seksyen 177 (A) Kanun Prosedur Jenayah itu adalah untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Tawau untuk dibicarakan.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin kemudiannya menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu katanya, kedua-dua tertuduh akan terus ditahan di penjara Tawau sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pada 26 April lalu, tertuduh Nurima Juli, 35, bersama adik tirinya, Sadam Kiram, 30, didakwa mencapai niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61, dituduh di mahkamah sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini