Oleh: Fareez Azman
KUALA KUBU BHARU: Suspek pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu di sini sebentar tadi.
Suspek berusia 26 tahun itu dibawa menaiki kenderaan polis dengan kawalan ketat tiba kira kira jam 9.05 pagi.
Dia dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan hari ini.
Suspek pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu sebentar tadi. pic.twitter.com/CDA7vh1jpD
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 26, 2024
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kertas siasatan berhubung kes bunuh itu telah selesai dan pendakwaan akan dijalankan pagi ini.
Sebelum ini, beberapa barangan dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini berjaya ditemui pihak polis dalam pencarian bukti di dua lokasi berasingan.
Ia susulan penemuan mayat Allahyarham di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa kira kira jam 6.00 petang 15 Julai lalu.
Laporan lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- [VIDEO] Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja kebun ubi
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Polis temui kunci kereta di lokasi kedua