comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Keluarga mangsa terkilan tidak sempat ikuti prosiding sebutan pertama kes

Ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

HULU SELANGOR: Keluarga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat mengikuti prosiding sebutan pertama kes pada hari ini.

Difahamkan, prosiding yang dijadualkan berlangsung jam 9 pagi diiawalkan jam 8.30 pagi tadi.

Abang mangsa, Mohd Farizza Azmi ketika ditemui, meluahkan rasa sedih kerana dia baharu sahaja tiba dari Miri, Sarawak.

 

“Kami datang sini dan tidak sempat masuk ke dalam disebabkan proses yang cepat.

“Mak kami tiba semalam dan memang ingin mengikuti prosiding di Mahkamah hari ini namun tidak boleh masuk, agak sedih kerana kami datang jauh tetapi tidak dapat masuk,” ujarnya ketika ditemui media di luar perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Hadir sama sepupu mangsa, Suzursofia Smeth Jaya, 33,yang turut meluahkan rasa terkilan.

“Kalau nak ikutkan mak dengan abang memang nak tengok sendiri lah kan sebab ketika pendakwaan dahulu mereka tiada ( berada di Sarawak).

“Namun setakat ini kami berpuas hati, ahli keluarga yang lain okay sebab tiada laporan yang lengkap lagi,” katanya.

Sementara itu,berdasarkan pemerhatian BuletinTV3 sejak pagi tadi, ahli keluarga tertuduh tidak kelihatan di perkarangan mahkamah.

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Oktober depan untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, bulan lepas.

Pada 26 Julai lepas, anggota polis yang bertugas di Perak itu didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini