HULU SELANGOR: Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Oktober depan untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, bulan lepas.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Asma Che Wan memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua laporan itu masih belum siap.
“Laporan kimia dan bedah siasat masih belum siap dan saya memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes,” kata Asma.
Kes bunuh Farah Kartini: 7 Oktober depan ditetapkan untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Tertuduh tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru.
Video: NSTP pic.twitter.com/pWGBKzey0g
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 30, 2024
Peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili Muhammad Alif turut mengesahkan perkara itu.
Pada 26 Julai lepas, anggota polis yang bertugas di Perak itu didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Ibu dan beberapa ahli keluarga Nur Farah Kartini turut hadir prosiding kes hari ini.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Seorang penjawat awam ditahan, susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini
- Wanita dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan
- Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus dan adil – KPN
- TERKINI: Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai
- Kes bunuh Farah Kartini: Anggota polis akan ditahan tugas
- Bedah siasat mayat Nur Farah Kartini selesai, tunggu laporan lengkap makmal
- Kes bunuh Farah Kartini: Polis belum terima laporan bedah siasat