comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes bunuh bekas pelumba: Reman 3 suspek disambung 6 hari

Oleh: Selwam Arjunan

KANGAR: Tempoh tahanan reman terhadap tiga suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Allahyarham Elly Idzlianizar Elias, disambung enam hari lagi sehingga Isnin depan.

Perintah reman yang bermula esok itu dibenarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tempoh tahanan reman tujuh hari yang dikeluarkan sebelum ini tamat hari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek termasuk dua beranak berusia 28, 31 dan 51 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar dengan kawalan ketat pasukan polis.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Elly Idzlianizar.

Ketiga-tiga mereka ditahan secara berasingan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian membabitkan mangsa ditetak menggunakan pedang dengan 12 kesan tetakan di seluruh badan.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira 12 tengah malam Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

Menurut polis, ketika tangkapan dilakukan suspek utama berusia 51 tahun didapati positif dadah menerusi saringan ujian air kencing.

Loading...
Terkini