Oleh: Fatin Hanani Sahimi
KUALA LUMPUR: Pembantu rumah jagaan orang tua mengaku bersalah, terhadap pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan membangkitkan kemarahan berhubung kes buli siber pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu atau dikenali Esha, di aplikasi TikTok.
Majistret Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap P. Shalini, 35 tahun.
Mengikut pertuduhan, Shalini didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
View this post on Instagram
Kesalahan dilakukan pada 1 Julai lalu kira kira jam 4.10 pagi di Sentul.
Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Pada 5 Julai, pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.