Oleh: Fatin Hanani Sahimi
KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai terlibat membuli dan mengugut pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu atau dikenali sebagai Esha di aplikasi TikTok, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.
Kedua-dua suspek tiba secara berasingan di pekarangan mahkamah.
Suspek pertama yang juga seorang pemandu lori berusia 44 tahun, hadir dengan memakai baju berwarna biru gelap jam 9.55 pagi.
Manakala suspek wanita yang juga seorang pembantu rumah jagaan orang tua, 35 tahun, hadir bersendirian.
Dua individu dipercayai terlibat membuli dan mengugut pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu atau dikenali Esha di aplikasi TikToK tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi. pic.twitter.com/XfWgyHaLem
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 16, 2024
Dalam pada itu, ahli keluarga mendiang turut tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi tadi.
Pada 5 Julai, pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa, selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN