Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
SELAYANG: Kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali yang dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang Oktober lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Hakim Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.
Kesemua mereka dituduh atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Akta 130V (1) Oktober lalu.
Sementara itu, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua 22 individu tersebut kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kesemua 13 lelaki dan sembilan wanita itu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di 33-B, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.