comscore
Tumpuan :
Dunia

Kes 1MDB, Roger Ng dipenjara 10 tahun.

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan tuduhan membantu menggelapkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia selepas Mahkamah Persekutuan Brooklyn April lalu mensabitkan Ng dengan tuduhan berkenaan.

Berbilion dolar wang yang dicuri dari dana terbabit diguna untuk merasuah dan membiayai parti mewah, kapal layar, hartanah serta pembikinan filem Wolf of Wall Street.

Namun Ng kekal, mempertahankan dia bukan satu-satunya yang bersalah.

Sebaliknya ia konspirasi dengan dua lagi individu untuk mengubah wang haram dan merasuah.

Pendakwa raya Amerika Syarikat sebelum ini meminta hakim agar menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas Ng.

Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia didapati membantu bekas majikannya, Tim Leissner yang pernah menjadi Ketua Goldman di asia tenggara menggelapkan wang 1MDB.

Mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dan merasuah pegawai kerajaan untuk memperoleh pelbagai tender perniagaan.

Loading...
Terkini