Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes 1MDB: Datin Seri Rosmah tiba beri sokongan kepada Datuk Seri Najib

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.33 pagi tadi.

Oleh: Siti Khadijah Jaafar & Nurul Amalina Zainuddin.

KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan yang terbaik untuk Datuk Seri, keluarga dan kita semua rakyat Malaysia”.

Itu reaksi Datin Seri Rosmah Mansor sebaik tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.33 pagi tadi.

Beliau yang memakai baju kurung dan selendang biru hadir bagi memberikan sokongan moral kepada suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri itu didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Terdahulu bekas presiden UMNO itu tiba di mahkamah ini sekitar pukul 8.35 pagi menaiki kereta Proton X-70 dengan kawalan ketat beberapa kereta peronda polis.

Turut kelihatan anak-anak beliau iaitu Noryana Najwa dan Datuk Mohd Nizar yang tiba pada jam 8.50 pagi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu bermula jam 9 pagi ini.

Loading...
Terkini