comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette kekal bebas atau bela diri diketahui hari ini

Bung Moktar, Zizie Izette . – Foto fail

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini akan membuat keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad kekal bebas atau perlu membela diri daripada tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta.

Kedua-dua mereka dilihat tenang ketika hadir di perkarangan Istana Kehakiman di sini pada jam 8.48 pagi.

Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga Hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin.

Jika keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk pasangan suami isteri itu membela diri bagi menjawab pertuduhan dihadapi mereka, dan jika panel hakim itu membuat dapatan sebaliknya, pasangan itu akan kekal bebas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini