comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kelindan lori mengaku tidak bersalah rogol remaja

Foto: NSTP

MUAR: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 12 tahun ketika itu, April tahun lalu.

Muhammad Hafizul Haziq Zulkefli, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam bilik tidur sebuah rumah di Pagoh, di sini, 2 petang, April tahun lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebatan.

Dalam pertuduhan kedua, didakwa merogol pelajar terbabit dengan kejadian, tarikh dan masa berlaku di tempat sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah tiada tawaran ikat jamin diberi terhadap tertuduh atas faktor mangsa masih kanak-kanak selain tinggal berdekatan rumah mangsa.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes selesai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini