Oleh: Nurul Amalina Zainudin
PETALING JAYA: Seorang jurugambar sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen.
Dia didakwa sengaja mencederakan Azmi Abdul Rahman dan Raziman Din menggunakan kamera sebagai senjata.
@buletintv3Seorang jurugambar sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen. Tertuduh, Muhammad Imran Khairil, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. #BuletinTV3 #PerekaFesyen #Jurugambar #Mahkamah #Pukul #Tular
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, jam 9 malam, 8 Januari lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran, mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan melarang tertuduh mendekati atau mengganggu mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial, menunjukkan pasangan pereka fesyen berkenaan mengalami kecederaan, dipercayai akibat dipukul menggunakan kamera oleh seorang jurugambar.
Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.