comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa rasuah RM12.8 juta

 

JOHOR BAHRU: Ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta berkaitan projek Jana Wibawa antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Teo Wee Cheng, 65, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Teo Wee Cheng, 65, didakwa atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta berkaitan projek Jana Wibawa, antara Julai 2021 hingga Oktober 2022 di Mahkamah Sesyen, Johor. – FOTO : NSTP

Wee Cheng yang juga Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan RM3.9 juta dan RM7.4 juta, yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.

Ia masing-masing bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan FELDA Waha di Sedili, Kota Tinggi. – HARIAN METRO

Berita lanjut menyusul…

Loading...
Terkini