comscore
Tumpuan :
Mahkamah

‘Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik’ – Noh

Noh Salleh ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: “Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik,” kata penyanyi, Noh Salleh ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada jam 8.50 pagi tadi.

Noh hadir ditemani dua orang pengawal peribadinya bagi prosiding sulh yang difailkan oleh bekas isterinya, Mizz Nina bagi hak penjagaan anak angkatnya, Musa.

Bagaimanapun, menurut peguam yang mewakili Mizz Nina iaitu Mahmud Abdul Jumaat, Nina tidak hadir sebaliknya diwakili suaminya, Essam Muhammad.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, menyifatkan sebagai satu pengkhianatan dan memberi kesan emosi kepadanya, apatah lagi, dia adalah ibu susuan dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama ini.

Beliau mendakwa, kejadian Musa dibawa keluar dari rumahnya berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan Musa semula.

Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, sebelum itu membuat kenyataan dalam program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah dia mendapat kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Hujan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan termasuk memadam gambar Musa dalam media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini