comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] ‘Inspektor Sheila’ dihadapkan ke mahkamah

 

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang beberapa klip video memaparkan dirinya memarahi anggota bawahan dan orang awam, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Selayang pagi ini.

Pegawai polis itu yang ditahan kerja sejak minggu lalu, dijangka berdepan tiga pertuduhan iaitu satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) dan dua tuduhan mengikut Seksyen 509 kanun sama kerana perbuatan mengaibkan.

Mengikut maklumat awal yang kami terima, pendakwaan akan dijalankan di dua mahkamah majistret bersaingan.

Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan mengaibkan pula, memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini