KUALA LUMPUR: Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, didakwa lagi kali ini atas kesalahan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis serta dua orang awam.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam itu ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Menurut pertuduhan dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim, 27.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Aras B1, di sebuah pusat beli belah dalam Daerah Brickfields, di sini, pada jam 5.26 petang, 16 Jun lalu, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seskyen 260 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, Inspektor Sheila yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik Universiti Malaya dan diwakili peguam M Manoharan, boleh didenda sehingga RM400.
Majistret Illi Marisqa KhalizanIlli Marisqa kemudian membenarkan Inspektor Sheila dijamin oleh seorang penjamin dengan wang ikat jamin sebanyak RM500.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] ‘Inspektor Sheila’ ditahan kerja, 8 kertas siasatan dibuka
- ‘Inspektor Sheila’ dijangka hadapi dua pertuduhan di mahkamah esok
- [VIDEO] ‘Inspektor Sheila’ dihadapkan ke mahkamah
- [VIDEO] ‘Inspektor Sheila’ tiba di mahkamah dijangka hadapi tiga pertuduhan
- [VIDEO] ‘Inspektor Sheila’ mengaku tidak bersalah
- Inspektor Sheila sah digantung tugas – PDRM
- Pertuduhan terhadap Inspektor Sheila tidak berasas, remeh – Peguam
- Aibkan anggota polis: Mahkamah ketepi pertuduhan terhadap ‘Inspektor Sheila’