comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan dibicara mulai Januari 2025

Oleh: Nurin Aisha Azizi

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu bermula Januari tahun depan.

Pihak pendakwaan akan mengemukakan 15 saksi.

Hakim Syahliza Warnoh menetapkan perbicaraan ke atas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dari 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari.

Mahkamah dimaklumkan, pihak pendakwaan sudah menyerahkan laporan forensik melibatkan rakaman CCTV tempat kejadian, laporan syarikat telekomunikasi dan laporan telefon bimbit kepada pihak pembelaan.

Sementara itu, peguam tertuduh Fahmi Abd Moin berkata pihaknya akan menghantar representasi kepada jabatan peguam negara untuk menyemak pertuduhan dikenakan terhadap anak guamnya.

Hakim menetapkan 6 Disember depan bagi perkembangan representasi itu.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira dituduh mengabaikan anak mereka di Damansara Damai antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai, berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman jam 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini