TAWAU: Pemandu lori dikenakan dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan mengugut hendak membakar rumah bekas isterinya, Jumaat lalu.
Mahkamah memerintahkan Paizal Muhammad Ali, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu 23 September lalu.
Mengikut pertuduhan, Paizal didakwa menakutkan secara jenayah terhadap bekas isterinya yang berusia 34 tahun dengan menyimbah minyak diesel dan mengugut mahu membakar rumah.
Kesalahan itu dilakukan di pada Jumaat, 22 September kira-kira jam 9.30 malam, di Kampung Membalua, Batu 10 Jalan Apas dekat sini.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dalam keadaan marah bertindak membuat ugutan jenayah selepas berang apabila bekas isterinya tidak membenarkan untuk bertemu anak bongsu mereka.
Tertuduh kemudiannya bertindak menyimbah minyak diesel pada bahagian tepi tingkap rumah sambil mengeluarkan kata-kata ugutan “kalau kau tidak keluar rumah, aku bakar rumah ini