comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Tragedi umpama fantasi Romeo dan Juliet

FAIL MAHKAMAH: Ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Itu yang boleh diungkapkan mengenai tragedi angkara konflik cinta Shahrul Nizam dan Nurul Hazira Baharom.

Kes pada awalnya disangka bunuh diri kerana cinta, namun polis berjaya merungkaikannya sebagai kes pembunuhan.

Pada 6 Oktober 2008, mangsa, Nurul Hazira telah mengikat tali pertunangan bersama Nadzrul. Perhubungan mereka mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Keesokan harinya, Nurul Hazira ke rumah seorang lagi pemuda, Shahrul Nizam untuk memberitahu tentang perkahwinannya bersama Nadzrul, sekali gus menjelaskan status hubungan mereka.

Shahrul Nizam mendakwa, Nurul Hazira memberitahunya bahawa dia tidak mencintai Nadzrul dan meminta Shahrul menjadikannya sebagai isteri. Bagaimanapun, pelawaan itu telah ditolak Shahrul atas faktor kewangan.

Mengikut peguambela, Kitsoon Foong, kesal dengan penolakan itu, Nurul Hazira didakwa mencadangkan untuk membunuh diri bersama Shahrul Nizam dengan meminum racun rumpai.

“Shahrul Nizam memberi keterangan di dalam mahkamah bahawa Nurul telah mencadangkan mereka berkorban demi cinta, sama seperti Romeo dan Juliet.

Peguambela, Kitsoon Foong

“Sebagai bukti tekad cinta, Shahrul telah meminum dahulu racun dan tidak sedarkan diri selepas itu. Selepas tersedar semula, dia mendapati Nurul telah terbaring dan tidak bergerak dan bernafas,” katanya dalam program FAIL MAHKAMAH.

Shahrul telah meminta pertolongan jirannya untuk melihat Nurul yang dikatakan sudah mati di dalam rumah.

Hasil bedah siasat mendapati, Nurul Hazira meninggal dunia akibat dijerut dan tiada penemuan bahan racun di dalam tubuh mangsa.

Shahrul Nizam didapati bersalah membunuh Nurul Hazira dengan menjerutnya menggunakan tudung, selepas mendapati mangsa akan berkahwin dengan lelaki lain.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program FAIL MAHKAMAH pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini