comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Sedekad MH17: Pergi tak kembali

 

FAIL MAHKAMAH: “Hello, ya? Ya slow down, slow down…Jatuh? Crash?”

“Bila saya dapat panggilan itu, saya tergamam sebentar sebab kami masih lagi handle krisis MH370.”

Itu pengalaman yang dikongsikan oleh bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein dan bekas Pengarah Krisis MH370 & MH17, M Fuad Sharuji ketika mengetahui pesawat MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine dan Rusia.

Bekas Pengarah Krisis MH370 & MH17, M Fuad Sharuji.

Empat bulan selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.

Apa dosa mereka? Kenapa ditembak? Itu antara 1,001 persoalan yang terlintas di dalam fikiran. Disebabkan konflik di Ukraine, pesawat yang tidak bersalah telah ditembak jatuh.

Menurut Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein, kecuaian dan tidak sengaja antara punca pesawat ditembak.

Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein.

Gambaran penduduk tempatan di Grabovo pula – Hujan mayat.

Menurut mereka, mayat dan cebisan anggota badan jatuh dari langit di hadapan rumah, jalan raya serta kawasan ladang bunga matahari dan jagung.

“Sebenarnya dia orang tembak itu tidak sengaja. Dia orang tiada intention, dia orang tiada niat nak tembak.

“Dia orang bukan nak tembak kapal terbang itu. Cuai ke apa ke, elemen itu memang ada. Dia salah tembak,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, Malaysia berdepan pelbagai cabaran dalam misi untuk mendapatkan kotak hitam dan mayat-mayat mangsa.

“Terduduk saya sekejap, kerana kita MH370 masih lagi mencari-cari, tak jumpa-jumpa. Apa sebenarnya berlaku?” kongsi Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika mendapat perkhabaran tentang tragedi MH17

“Bukannya senang untuk mendapat balik sebab kita akan keluarkan satu bahan bukti yang amat-amat penting.

“Nak masuk tidak boleh, bila masuk pun ada had dia. Kedengaran juga lah tembakan, bom kecil sikit didengar masa membuat rakaman atau menyiasat serpihan-serpihan yang amat mencabarlah.

“Saya rasa pertama kali dalam dunia untuk menyiasat satu kemalangan udara komersial, sivil di tempat orang berperang,” dedah Datuk Seri Azharuddin.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, misi untuk mendapatkan kotak hitam dan mayat-mayat mangsa berjaya dengan bantuan pelbagai pihak.

Pada 22 Julai 2014, lima gerabak kereta api membawa mayat mangsa MH17 tiba di Kharkiv, namun dikepung dan diperiksa oleh pihak Ukraine bagi mengesan sebarang bahan letupan.

“Salah seorang pegawai saya mengatakan bahawa mereka perlukan satu perjanjian tetapi ia ditulis dalam bahasa Rusia lah. Dia cakap pada saya, buat apa sahaja mereka hendak, asalkan kita dapat balik.”

Saksikan imbasan terperinci tragedi MH17 menerusi program Fail Mahkamah jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini