comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Pensyarah dibunuh, dibakar angkara cemburu

FAIL MAHKAMAH: “..Bila fokus lagi kamera itu, saya nampak macam jari dia terputus.”

Itu antara pendedahan Syahril Kadir, wartawan yang pertama tiba di tempat penemuan mayat di Jalan SS19/6, Subang Jaya pada 13 Februari 2002.

Setibanya di lokasi berkenaan, Syahril mendapati ada sekujur tubuh terbaring di dalam longkang.

Bekas Penolong Ketua Meja Jenayah Akhbar Tempatan, Syahril Kadir

“Tangan dia agak terangkat, seolah-olah cuba mempertahankan diri. Jadi agak menyedihkan keadaan mayat itu,” katanya dalam program FAIL MAHKAMAH.

Lebih menyedihkan, sebaik meneliti gambar yang dibidik jurufotonya, Syahril mendapati jari mangsa juga terputus.

“Mayat dia dalam keadaan yang bukanlah kata completely burnt, tapi boleh dikatakan dalam 70%-80% lah. Boleh nampak. Boleh nampak jelas.”

Bakarudin Busu, seorang pensyarah IPTA, dilaporkan sering mengganggu seorang pelayan kelab malam, Siti Rahmah, yang juga bekas pelajar universiti yang sama.

Siti Rahmah adalah teman wanita salah seorang tertuduh, Sulkarnain.

Peguambela, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, “Teman lelakinya, OKT pertama, tidak selesa dengan percubaan-percubaan mangsa yang mengajak teman wanitanya melalui perbualan telefon. Sehinggakan pada satu ketika, dia dapat idea untuk membawa mangsa ke tempat kejadian untuk kononnya berbincang.

Peguambela Suspek Ketiga, Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Siti Rahmah diarahkan untuk bersetuju dengan permintaan Bakarudin, memperdaya mangsa datang ke lokasi yang dirancang.

“Dari situlah, dia mengajak beberapa rakan untuk meneman dia. Ini OKT pertama. Atas alasan nak pergi gertak orang. Ini perkataan yang digunakan di mahkamah.”

Menyangkakan Siti Rahmah ingin bertemunya secara berseorangan, kehadiran Bakarudin di lokasi itu disambut kesemua empat tertuduh.

“Memang bermulanya dengan perbincangan. Dan kemudiannya bertukar kepada nada yang kuat. Dan akhirnya, apabila OKT kedua seolah-olah… hendak menghunus pedang hiasan untuk menggertak, maka pada masa itu, OKT ketiga menendang perut untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk. Tetapi ia berterusan.

Sulkarnain di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2005

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila seorang suspek bertindak mengambil parang dan menetak mangsa.

Hasil bedah siasat, terdapat 13 kesan tetakan dan tusukan di beberapa bahagian tubuh mangsa, selain salah satu jarinya putus.

“Saya difahamkan masa post-mortem, mangsa meninggal dunia sebelum mayatnya dibakar,” kata Syahril.

“Ia adalah kes yang sangat straight forward. Cuma dalam perbicaraan itu ada banyak perkara yang tak diduga.”

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program FAIL MAHKAMAH pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini