comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Nota ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ bertukar tragedi

FAIL MAHKAMAH: Malang tidak berbau. 

Siapa sangka hari yang dilalui seperti biasa, bertukar tragedi hitam.

Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 4 tahun, ditemui rentung di sebuah tapak perumahan terbengkalai. 

Lebih memilukan, semasa mayat mangsa ditemukan, yang tinggal hanyalah serpihan tulang badan, tengkorak dan sedikit rambut.

Lokasi penemuan mangsa di sebuah tapak perumahan terbengkalai Jalan Riang 1, Taman Nusa Damai, Masai Johor.

Menurut ASP Rubeena Baharuddin yang merupakan pegawai penyiasat ketika itu, terdapat satu lubang bersebelahan dengan tembok dan di tembok tersebut terdapat kesan terbakar. 

“Dalam lubang tersebut ada satu rangka manusia yang kita tidak tahu sama ada kanak-kanak atau orang dewasa sebab dah habis terbakar,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Dirang dilaporkan keluar berseorangan ke kedai runcit dan tidak pulang ke rumah selepas hampir satu jam. 

Menurut laporan polis, kejadian itu berlaku selepas mangsa diminta oleh ibunya untuk ke kedai membeli barang dengan berbekal sekeping nota bertulis ‘mi segera dua bungkus’ dan ‘telur RM2’. 

Pada 4 Mac 2012, polis telah menemui dua bungkus mi segera, pecahan telur, satu biji gula-gula berperisa laici dan sepasang selipar di ladang kelapa sawit.

Pegawai Penyiasat Jenayah (Seksual) IPD Seri Alam, Johor, ASP Noor Rubeena Baharuddin

“Dia masuk ke dalam kebun kelapa sawit itu, dia berlari. Dukung Dirang ini sambil berlari… masa itulah jatuhnya selipar Nurul Nadirah, jatuhnya coklat, gula-gula jatuhnya Maggi dan jatuhnya telur,” kata ASP Rubeena.

Gula-gula laici yang diberi oleh tertuduh dipercayai digunakan sebagai umpan bagi memudahkan suspek menculik mangsa. 

Menurut laporan bedah siasat, kanak-kanak malang itu telah dibunuh dan meninggal dunia di ladang kelapa sawit, sebelum dibawa ke tapak perumahan terbengkalai untuk dibakar. 

Suspek merupakan salah seorang jiran mangsa dan didapati positif dadah jenis syabu semasa kejadian.  

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program FAIL MAHKAMAH pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini