comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Keperwiraan ‘The Magnificient 12’ di sebalik tumpasnya Botak Chin

FAIL MAHKAMAH: “You tak payah tangkap dan gari saya, you tembak saya sekarang!”

Polis: “No, walaupun saya boleh tembak you sekarang, tetapi kami tidak boleh buat seperti itu. Biar mahkamah yang menentukan nasib you

Seperti petikan skrip sebuah filem aksi, namun ungkapan itu benar-benar pernah tercatat dalam sejarah negara, ketika tertumpasnya penjenayah ‘legenda’ Wong Swee Chin atau Botak Chin.

Operasi menjejak dan menangkap Botak Chin yang memuncak sekitar 1970-an mengangkat keperwiraan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penglibatan Unit Tindak Khas (UTK) dan penubuhan kumpulan dinamakan Magnificient 12 yang terdiri daripada 12 pegawai polis Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada ketika itu.

Bekas Editor Meja Jenayah, Syahril A. Kadir.

Bekas Editor Meja Jenayah, Syahril A. Kadir yang pernah membuat penyelidikan liputan kes jenayah ini berkata ramai yang tidak tahu di sebalik kehebatan Botak Chin sebenarnya ada beberapa kisah kehebatan pegawai dan anggota polis.

“Setelah sekian lama diburu, dia dikesan bersembunyi di sebuah kilang papan. Untuk menangkap dia, seramai 120 orang anggota FRU dan 60 orang anggota pasukan polis hutan telah dikerah untuk mengepung kilang kayu itu.

“Di situlah 12 pegawai menyerbu masuk melalui pintu depan dan belakang dan anggota lain melindungi mereka. Kumpulan yang menyerbu ini diketuai ASP Kenny Woodworth,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Tambahnya, Tuan Kenny pernah memberitahunya yang ketika serbuan disedari penjenayah, berlaku tembak-menembak sehingga ‘kering’ peluru dimuntahkan.

“Di pihak Botak Chin pula, membalas tembakan bukan balas tembakan lagi, siap baling bom tangan lagi. Pertempuran sangat sengit pada malam itu” ceritanya kembali.

Selama dua jam berbalas tembakan, termasuk mengakibatkan kematian dua orang kanannya, Botak Chin berjaya ditembak di bahagian kaki dan tangan.

[Fakta kes] Botak Chin yang juga ketua kumpulan kongsi gelap 360 melakukan pelbagai jenayah sekitar Kuala Lumpur seperti Setapak, Sentul dan Jalan Ipoh.

Rompakan terbesar yang pernah dilakukannya pada 26 Oktober 1975 dengan merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.

Botak Chin kemudian ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Keganasannya semakin menjadi-jadi apabila menembak Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (ketika itu), DSP S. Kulasingam untuk menghalang gerakan memburu ke atasnya.

Saksikan imbasan kronologi secara terperinci kes Botak Chin menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam, Rabu ini di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Loading...
Terkini