comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Bunuh di Terengganu, campak mayat di Cyberjaya

FAIL MAHKAMAH: “Kau tak handsome, kau gemuk, kau hitam.”

Itu kata-kata yang didakwa dilemparkan mangsa, menyebabkan tertuduh bertindak di luar kawalan sehingga meragut nyawa mangsa.

Kes yang pada awalnya disangka bunuh diri kerana sekeping nota ditemukan bersama mangsa, pihak polis berjaya merungkaikannya sebagai satu kes pembunuhan.

Rosshida Abdullah, 30, maut apabila dicekik leher oleh tunangnya sendiri, sebelum mayatnya dibawa dari Terengganu ke Cyberjaya dan dicampak dari jambatan berketinggian hampir 14 meter.

Pasangan tunang itu dilaporkan ingin pulang ke kampung mereka di Kelantan pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, bagi berbincang dan menguruskan urusan majlis perkahwinan mereka.

Ketua Unit Gangsterism D7, Jabatan Siasatan Jenayah IPK KL, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz

Mengimbas kembali kejadian, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz yang merupakan pegawai penyiasat kes pada ketika itu berkata, suspek mempelawa mangsa untuk singgah di Pantai Penarik, Terengganu untuk tujuan berehat dan ada isu yang ingin dibincangkan. 

Suspek, Amal Adil Alias, 26, menyatakan ketidakpuasan hatinya yang mempercayai mangsa mempunyai hubungan dengan orang lain.

Dalam keadaan yang tegang, mangsa dikatakan menjawab dengan ayat yang cukup menusuk hati suspek.

“Di mana mangsa menjelaskan, lebih kurang yang saya ingat, ‘Kau tak handsome, kau gemuk, kau hitam’. Lebih kurang tiga perkataan itu..” kata ASP Wan Azirul Nizam dalam program Fail Mahkamah.

Dia terus ambil tindakan, dia daripada belakang, dia grip. Kita panggil dia cengkam daripada belakang leher si mangsa ni.

Menyangkakan mangsa sekadar tidak sedarkan diri, Amal berpatah balik dari Pantai Penarik ke Kuala Lumpur bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Artikel lain: FAIL MAHKAMAH: Serakah jiran durjana

“OKT menjelaskan ketika tiba di Genting Sempah, sebelum melalui terowong… barulah dia sedar kemungkinan mangsa telah meninggal dunia.”

Tertuduh meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan di Cyberjaya, bertindak mencampak mangsa dari atas jambatan, bersama sekeping nota bunuh diri yang diletakkan dalam dompet mangsa.

ASP Latihan, Bahagian Latihan Bukit Aman, ASP Mohd Husny Hussein

Menurut Ketua Pasukan Forensik Bukit Aman pada ketika itu, ASP Mohd Husny Hussein, beliau berasa hairan apabila tunang dan abang kepada mangsa berada di lokasi kejadian.

Selepas pemeriksaan lanjut, pasukan polis bertindak menahan mereka.

“Jadi semasa arahan tangkapan dilakukan, lelaki ini amat gelisah, cemas dan cuba melarikan diri,” katanya.

Tanggal 30 Oktober 2018, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 16 tahun
selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, kerana membunuh dan melupus mayat.

Artikel lain: FAIL MAHKAMAH: Amarah memakan diri

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini