comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Enam wanita direman empat hari kemuka tuntutan palsu lebih RM13,000

MELAKA: Enam wanita direman empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586 di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie berkata keenam-enam suspek berusia antara 40 dan 57 tahun yang merupakan penjawat awam itu, ditahan antara 2 hingga 4 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka semalam.

“Mereka direman bagi membantu siasatan mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu iaitu dokumen Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 : Rekod Kemajuan Kerja Harian Pembanci berjumlah keseluruhan RM13,586 kepada Unit Kewangan di jabatan kerajaan tersebut pada 2020.

“Ia bagi tujuan tuntutan bayaran sedangkan pekerja Personel MySTEP tidak bekerja di jabatan kerajaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini