comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Empat individu dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak 12 tahun

Kesemua tertuduh mengaku bersalah menculik kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Mahkamah Tinggi Klang pada Selasa.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KLANG: Mahkamah Tinggi Klang hari ini menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas empat individu terlibat kes culik kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bandar Bukit Tinggi pada 8 Oktober lalu.

Hakim Siti Zubaidah Mahat membuat keputusan itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh Alya Zahwa Salim, 18; Putri Nurul Suhaila Abdullah, 18; Muhammad Asran Ghazalie, 23 dan Muhammad Adha Abdullah, 20, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan kesemua tertuduh bertindak menculik mangsa pada 8 Oktober lalu kira-kira jam 3 petang di Lorong Batu Nilam Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan mangsa selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di flat dekat Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

Mangsa juga dipercayai menjadi mangsa cabul serta cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.

Kanak-kanak terbabit berjaya ditemui kira-kira jam 2.30 petang pada 12 Oktober lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini