comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Edar dadah: Pasangan suami isteri berdepan hukuman gantung 

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 204.15 gram.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul Maini Abdul Wahab dan isterinya, Yusnita Yunus, masing-masing berusia 38 dan 39 tahun selepas pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Yuhanis Mohd Roslan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 204.15 gram.

Dadah tersebut dijumpai kira-kira jam 10.15 malam pada 30 Mei lalu di rumah pasangan terbabit di Kampung Sentul Patah, Marang, Terengganu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendali oleh Pegawai Pendakwa ,Asisten Superitenden Othman Ibrahim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini