comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dua lelaki mengaku tidak bersalah pukul pekerja restoran

SEPANG: Dua lelaki yang terbabit menyerang seorang pekerja restoran Pelita Nasi Kandar di Cyberjaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, atas beberapa pertuduhan menyerang, mengeluarkan kata-kata kesat serta merosakkan peralatan restoran.

Dua tertuduh iaitu Elanggovan Muniyandi dan Vengateswaran Malaisamy, kedua-duanya berusia 51 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Pada 17 Mac lalu, media melaporkan seorang pekerja restoran di Cyberjaya cedera akibat dibelasah tiga lelaki yang juga pelanggan restoran itu yang dipercayai mabuk.

Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang daripada tiga suspek terbabit mengambil lauk nasi kandar dengan tangan dan ditegur pekerja restoran.

Teguran itu membuatkan suspek menjadi berang dan bertindak agresif dengan memukul pekerja berkenaan.

Susulan kejadian itu, pekerja restoran terbabit mendakwa mengalami lebam pada leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek, malah video kejadian itu tular di media sosial.

Loading...
Terkini