Tumpuan :
Mahkamah

Dua lelaki direman tujuh hari, kes kelar peniaga

Foto hiasan

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang peniaga yang parah dikelar dengan pisau dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 39 dan 48 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada masalah hutang.

Mangsa berusia 40 tahun ketika itu berada di rumah bersama isterinya sebelum didatangi tiga suspek.

Berlaku perselisihan faham sebelum seorang daripada mereka mengelar pipi kiri, dada, dan betis mangsa menggunakan sebilah pisau.

Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri, manakala isteri mangsa segera menghubungi ambulans sebelum suaminya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Pihak polis kini sedang mengesan suspek utama bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini