Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan anak.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 32 dan 27 tahun.
Mereka dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, yang merupakan anak kandung suspek lelaki.
Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, pada 30 Januari lalu.
Tangkapan dilakukan selepas ibu kandung mangsa membuat laporan polis setelah menyedari terdapat kesan kecederaan pada kaki anaknya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.