Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Datangkan kecederaan guna seterika: Penuntut UPNM mengaku tidak bersalah

Mengikut pertuduhan, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap yang panas.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pegawai kadet di institusi pengajian sama.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Egusra Ali di Mahkamah Sesyen hari ini.

@buletintv3 Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pegawai kadet di institusi pengajian sama. Mengikut pertuduhan, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap yang panas. #BuletinTV3 #KesBuli #UPNM ♬ original sound – BuletinTV3

Mengikut pertuduhan, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap yang panas.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.45 malam, 22 Oktober lalu di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, kem Sungai Besi.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Saberi Othman memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang tinggi kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, sehingga menyebabkan mangsa mengalami lecur tahap dua dia bahagian kanan dada.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hakim menetapkan ikat jamin yang rendah dengan alasan kedua ibu bapa tertuduh merupakan pesara kerajaan, selain tertuduh masih dalam pengajian.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM 20,000 dengan dua orang penjamin, dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mendekati saksi pendakwaan.

22 Disember depan turut ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian 22 Oktober lalu, mangsa yang merupakan pegawai kadet tahun dua yang sedang menggosok baju didatangi suspek iaitu pegawai kadet tahun empat, sebelum dicederakan menggunakan seterika.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan gurauan keterlaluan dikenalpasti sebagai motif utama kejadian itu.

Mengikut siasatan polis, kejadian berkenaan tidak mempunyai motif buli sebaliknya berlaku secara spontan antara pelajar junior dan senior.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini