Tumpuan :
Mahkamah

Daim, keluarga fail mohon perintah SPRM batalkan beku akaun

FOTO: Daim dan Na’imah ketika menghadiri prosiding mahkamah pada Mac lalu

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarga memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pembekuan akaun bank mereka.

Mereka juga memohon perintah membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih yang dikenakan mengikut Seksyen 50 Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLACFT) terhadap akaun bank berkenaan.

Selain Daim, pemohon lain yang dinamakan dalam permohonan kebenaran itu ialah isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan anak mereka, iaitu Asnida, Wira Dani dan Muhammad Amin Zainuddin serta 18 syarikat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini