Tumpuan :
Mahkamah

Dadah: Penganggur, ibu tunggal berdepan tali gantung

Oleh Akmaliah Razak

GUA MUSANG: Seorang penganggur dan ibu tunggal warga Filipina berdepan hukuman gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 34 kilogram di kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, 19 Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada  tertuduh, Aliuddin Abdul Aziz, 23 dan Sherly Gutterez, 46 kerana masih menunggu laporan kimia.

Hakim, Tengku Shahrizam Tuan Lah menetapkan 25 Mei depan sebutan semula kes.

Tiada jaminan ditawarkan dan tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Nurul Farehah Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta  sama dan jika disabit kesalahan berdepan hukuman mati mandatori.

19 Mac lalu, polis menemui 34 kilogram ganja mampat bernilai RM85,000 di tempat duduk belakang  kereta jenis Perodua Axia dalam  operasi `snapcheck’ di kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis.

Loading...
Terkini